Posts

Showing posts from November, 2018

Mujahid Dibidas, Syiah Dah Jelas Aliran Sesat

Image
Kuala Lumpur: Cadangan untuk menetapkan satu garis panduan berkaitan perbezaan hukum antara individu menganut Syiah dan mereka mempromosikan fahaman itu tidak praktikal. Malah, cadangan itu bertentangan dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) berkaitan ajaran terbabit. Pendakwah bebas, Dr Mohd Sukki Othman (Dr Syauqi Othman) melihat cadangan itu sebagai tidak boleh dilaksanakan kerana ajaran berkenaan sudah diputuskan sesat dan tidak boleh diamalkan. “Tidak boleh...mana boleh kita mengikut ajaran sesat. Cadangan untuk menetapkan satu garis panduan berkaitan perbezaan hukum antara individu mengikut ajaran Syiah dan mereka yang mempromosikan fahaman itu tidak praktikal. “Kita dalam hal berkaitan beragama perlu menghormati MFK sebagai badan dipilih menyelesaikan isu dan kekeliruan ummah,” katanya. Beliau turut mengingatkan semua supaya sentiasa menghormati MFK dan mengikut apa juga keputusan yang sudah dibuat tanpa mempersoalkannya. Sementara itu, Peny...